Nasional

Tahniah Erdogan, hubungan Malaysia – Turkiye lebih mantap – Anwar

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada sabahat karib dan rakan sejawatannya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan kerana dipilih semula sebagai presiden dalam pilihanraya semalam.

Anwar berharap dengan menjawat semula sebagai ketua kerajaan, hubungan Malaysia – Turkiye akan menjadi lebih erat lagi mantap pada masa hadapan.

“Tahniah kepada sahabat Tuan Yang Terutama Presiden Recep Tayyip Erdoğan kerana berjaya dipilih semula sebagai Presiden Republik Türkiye dalam pilihanraya Presiden yang baru selesai berlangsung.

“Malaysia yakin Türkiye akan terus memainkan peranan yang konstruktif sebagai pemain serantau dan juga di peringkat global.

“Putrajaya dengan penuh harapan menantikan kerjasama yang lebih rapat dengan Ankara menerusi usaha dan upaya kita meningkatkan hubungan dua hala yang sudah terlengkap dengan baik,” kata Anwar dalam catatan di Facebook.

Hubungan persahabatan antara Anwar dan Erdogan melewati puluhan tahun sejak usia muda. Kedua duanya pernah dipenjarakan oleh rejim penindas dan menikmati penyudah yang mengkagumkan sebagai pemimpin di Asia dan Eropah.

Erdogan mencatat sejarah istimewa apabila Anwar menangguhkan beberapa minit sidang media pertama beliau selepas dilantik sebagai PM pada pertengahan November lalu untuk menerima ucap tahniah daripada Ketua Kerajaan Turkiye itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button