UPSI, Philippine Normal University bina kerjasama bidang pendidikan
MENEROKA peluang pengantarabangsaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengorak langkah berkolaborasi dengan Philipphine Normal University (PNU), Manila baru-baru ini untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan.
Profesor Ts. Dr. Suriani Abu Bakar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang mewakili UPSI berkata usaha itu berjaya memulakan langkah untuk bergerak ke hadapan bersama Philipphine Normal University memajukan bidang pendidikan antara kedua pihak.
“UPSI akan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan universiti luar negara terutamanya dalam bidang pendidikan selaras dengan keperluan negara agar bidang Pendidikan di Malaysia sentiasa seiring dengan perkembangan semasa.
Katanya, lawatan kerja yang dimulakan dengan bengkel dan seterusnya 15th Meeting of Presidents memberi banyak input untuk menjalankan pelbagai kerjasama selain daripada penyelidikan.
Menurut beliau antara bidang kerjasama adalah penerbitan, pengkomersilan, serta pertukaran pengajaran.
“Sepanjang di Manila, saya berusaha menyebar luas rangkaian UPSI dan membuka ruang serta peluang untuk kolaborasi profesional dengan universiti antarabangsa yang lain.
Hadir sama menyaksikan majlis menandatangani LOI, Timbalan pengarah Dua, Pusat Antarabangsa dan Mobiliti, Dr Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin.
Sementara itu, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI beriltizam menjalin kerjasama dengan universiti ternama dunia bertujuan meluaskan perkongsian yang bermanfaat memacu imej universiti pendidikan tersohor itu di pentas global.
Sehubungan itu, katanya, lawatan kerja yang diwakili oleh Prof Dr. Suriani Abu Bakar itu berjaya memulakan langkah proaktif untuk meneroka usahasama dengan mendatangani perjanjian dan menyampaikan Surat Tunjuk Niat (LOI) yang disampaikan kepada Presiden, Philipphine Normal University, Dr. Bert J. Tuga.
Beliau berkata secara umum PNU telah menghantar 13 pelajar menyambung pengajian di UPSI di peringkat Doktor Falsafah dan sembilan orang daripadanya “graduate on time”.
Baca juga : UPSI Naib Johan Malam Citra Bayu USM