Ekonomi

Loji Kabel XLPE mampu menghasilkan sebanyak 100 KM- Federal Power

Syarikat pembuatan kabel, Federal Power Sdn. Bhd kini mengeluarkan Loji Kabel XLPE dan mampu menghasilkan sebanyak 100 kilometer (km) dalam masa sebulan kepada pelanggan dengan pelbagai saiz.

Majlis pelancaran itu telah diadakan kelmarin yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, bagi merasmikan Loji Kabel XPLE yang diadakan di Shah Alam. Dengan keluasan keseluruhan premis hampir 7 ekar di kawasan kilang dan pejabat 5.2 ekar.

Datuk Ahmad Maslan merasmikan pembutan loji kabel XLPE

Selain itu loji kabel ini menghasilkan sebanyak 100km sebulan bagi medium/low voltage XLE pelbagai saiz & 550km bagi low voltage ABC conducter pelbagai size. Pecahan pasaran but masa ini adalah 95% penjualan untuk keperluan TNB dan 5% lagi adalah bagi sektor swasta yang lain.

Di dalam dunia serba mencabar hari ini, industri pembuatan kabel telah menyaksikan cabaran yang begitu hebat bagi pembuat kabel bumputera di mana terpaksa berhadapan dengan pesaing – pesaing dari pasaran terbuka.

Ketidak tentuan pasaran disebabkan perang dagangan ole kuasa – kuasa besar ekonomi yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dunia dan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menjadi punca utama kerencatan aktiviti perniagaan.

Namun Federal Power Sdn. Bh. sehingga kini masih teguh berdiri kerana sokongan yang diterima daripada Kementerian Kewangan dimana telah diberikan kuota dan dipilih untuk meniadi vendor di dalam industri sebelum ini.

Walabagaimanapun, Federal juga mengharapkan perhatian dan suntikan daripada kerajaan khususnya dari Kementerian Kewangan untuk pengeluar berstatus Bumputera terutama membantu meneruskan persaingan di dalam arena ini agar menerima nasib yang sama seperti syarikat – syarikat Bumputera vang lain sehingga terpaksa menamatkan operasi kerana gagal bertahan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CEO, Tenaga Nasional Berhad Datuk Indera Ir. Baharin Bin Din, pihaknya amat peka dan telah banyak menghulurkan bantuan untuk kebajikan Federal Power Sdn Bhd dan pengeluar pengeluar Bumiputera yang lain.

Untuk maklumat Federal Power Sdn. Bhd. telah mula bertapak di dalam Industri Tenaga (Pembuatan Kabel) tempatan se-awal tahun 1974 lagi.

Pada permulaannya dikenali sebagai “Federal Power & Telecoms Sdn. Bhd” dan adalah syarikat pelopor dalam industri ini.

Bermula sebagai syarikat usaha sama di antara Lembaga Letrik Negara (Kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Bhd), Federal cables, Wires and Metal Manufacturing Bhd (Kini dikenali sebagai FCW Industries Sdn Bh) dan Fuiikura Ltd of Japan, Federal Power & Telecoms Sdn. Bhd

Kemudiannya menjadi anak syarikat kepada sebuah kumpulan pelaburan tempatan yang bereputasi tinggi iaitu Permodalan Nasional Bh (PNB) pada tahun 1983 dan seterusnya telah menukar nama kepada Federal Power Sdn. Bhd. pada tahun 1992.

.

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button