NasionalNegeri

PENJANA: SPRM reman tiga individu kemuka butiran palsu

TIGA individu ditahan reman berkaitan kes mengemukakan butir matan palsu semasa mengemukakan borang pengesahan pekerja kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
dibawah Program Insentif Pengambilan Pekerja, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari mulai hari ini sehingga 19 Mei ini.

Seorang suspek lelaki antara tiga individu dibawa oleh SPRM untuk mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Kangar hari ini.

Jurucakap SPRM berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Katanya, suspek seorang lelaki sebagai pemilik sebuah syarikat ini telah mengemukakan Borang Pengesahan Pekerja di bawah PENJANA yang mengandungi butiran matan palsu bertujuan untuk tuntutan kepada PERKESO berjumlah RM231,340.00 pada tahun 2021 sedangkan penama di dalam borang itu sudah tidak bekerja.

“Seorang lagi suspek wanita seorang pemilik syarikat telah mengemukakan borang pengesahan pekerja dibawah PENJANA yang mengandungi butiran matan palsu bertujuan untuk tuntutan kepada PERKESO berjumlah RM337,400.00 sedangkan penama di dalam borang sudah berhenti.

Tambahnya, seorang lagi suspek wanita selaku Pengurus sebuah syarikat juga direman. – SM

BACA Tiga pengurus syarikat didakwa seleweng insentif Program Penjana Kerjaya 2.0

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button