Hiburan

Anak arwah Ridzuan Hashim terkilan bapanya tak sempat hadir ke majlis perkahwinan

Anak Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial meluahkan rasa terkilan kerana perkahwinan yang bakal berlangsung pada 20 Mei tanpa kehadiran bapa tercintanya.

Allahyarham Pelakon Ridzuan Hashim
Allahyarham Pelakon Ridzuan Hashim

Perkahwinan tersebut sepatutnya akan berlangsung ke Tawau, Sabah, belah bakal pengantin perempuan malah Dhanial juga sudah menyediakan tiket penerbangan dan baju melayu untuk bapanya itu.

Menurut bekas isteri Allahyarham, pelakon Didie Alias, anak lelaki mereka memang rapat dengan arwah serta sudah berjanji akan menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya.

Didie juga menyifatkan Allahyarham seorang bapa yang baik dan sangat penyayang kepada anak-anak mereka.
“Yang membuat saya sangat sedih, Ayahnya beritahu dia akan mengikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.

“Memang dia anak lelaki yang rapak dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia bersama ayahnya”. Luahnya.

Walaubagaimanapun Didie meluahkan rasa syukur kerana sempat berkumpul bersama arwah dan anak-anak mereka untuk meraikan Aidilfitri baru-baru ini.

“Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya.

“Saya rasa sangat gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat Bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia.” Katanya.


Semalam Industri seni Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon berbakat iaitu Ridzuan Hashim. Pemergian Allahyarham dipercayai berpunca akibat serangan jantung.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button