Kenapa nak ikut perintah Allah? Alya Iman selesa buka tudung mahu jadi diri sendiri!
Perkongsian pelakon Alya Iman pada 1 Syawal mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tampil tidak lagi berhijab.
Memetik Kosmo, Alya berkata dia enggan terus menipu tentang diri sendiri di media sosial serta mengatakan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.
“Saya cuma mahu tunjukkan diri yang sebenar. Kenapa mahu menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah jadi hipokrit dan membohongi semua orang.
“Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan jika tidak suka pun tak mengapa,” katanya.
Dalam pada itu, Alya berkata dia lebih selesa dengan imej tidak berhijab dan tidak mahu terus menipu semua orang.
Keputusan untuk tidak berhijab untuk beri peluang orang ramai kenal diri saya yang sebenar bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian.
“Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang,” katanya.
Sementara itu, Alya berkata keputusannya dibuat selepas mendapat persetujuan daripada keluarga serta rakan baik.
Tiada alasan yang khusus mengapa saya tampil tidak bertudung pada 1 Syawal lalu.
“Keputusan itu dilakukan selepas berbincang dengan keluarga dan teman rapat, mereka bersetuju sahaja,” katanya.