Kemalangan

Dua lagi mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau – Jabor

Dua lagi mangsa maut dalam kemalangan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh.

Dalam kejadian itu petang semalam, empat disahkan tebunuh. Ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban dalam tragedi 3 Syawal itu kepada enam orang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika mengesahkan perkara itu berkata dua lagi mangsa meninggal dunia di hospital manakala empat lagi mangsa maut di lokasi kejadian.

Terdahulu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohd Hafiezul Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan dua buah kereta Proton Persona itu pada 4.47 petang semalam.

Katanya sejurus itu lima anggota dari BBP Cheneh dan enam anggota yang bersedia di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing bergegas ke lokasi.

“Kereta Proton Persona pertama yang dinaiki lapan individu termasuk pemandu dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman.

Manakala kereta Proton Persona kedua pula dinaiki lima individu termasuk pemandu dalam perjalanan dari Perasing dekat Jabor menuju ke Batu Rakit, Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.

– BERNAMA

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button