Nasional

Rauf ganti Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan  sudah menghantar nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Bercakap pada sidang media di Perlimen, Ahmad Zahid berkata, UMNO juga sudah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, untuk menerima peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

“Saya sudah mengutuskan warkah kepada TYT Melaka untuk menerima peletakan jawatan Ketua Menteri (Sulaiman) dan dengan ini parti mencadangkan melalui warkah itu Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button