Projek Pan Borneo sedang dijalankan-Alexander
MENTERI kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kerja-kerja pelaksanaan projek Pan Borneo yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Kudat sedang dijalankan secara berperingkat-peringkat.
“Pelaksanaan projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 km dibahagikan kepada 35 pakej kerja sehingga kini, 15 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan status kemajuan sehingga Disember 2022 adalah 73%.
“Bagi jajaran yang melibatkan jalan persisiran pantai Kota Kinabalu ke Kudat seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat, sehingga kini satu pakej kerja sedang giat dilaksanakan iaitu pakej kerja 10 yang menghubungkan Pituru dan Rampayan Laut dengan status kemajuan terkini adalah 89%.
“Manakala satu (1) pakej kerja yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru pula dijangka dilaksanakan seawal suku tahun kedua 2023, menjadikan keseluruhan 16 pakej kerja akan dilaksanakan buat masa kini,” jelasnya di Dewan Rakyat, hari ini.
Untuk rekod, selain projek ini juga memudahkan perjalanan orang ramai ia juga bertujuan merancakkan ekonomi masyarakat di daerah Kudat