Politik

Asyraf Wajdi dilantik Setiausaha Agung UMNO ganti Ahmad Maslan

DATUK Asyraf Wajdi Dusuki diberi tanggungjawab baharu dalam UMNO apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung yang baharu.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO mengambil alih tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung daripada Datuk Seri Ahmad Maslan yang kini adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Jawatan Ketua Pemuda disandang oleh Dr Akmal Saleh.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid turut mengumumkan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Isham Jalil yang kini adalah Ahli MKT.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Bendahari Agung dalam pemilihan parti pada Sabtu lalu. – SM

BACA Rais Yasin berupaya perkukuh UMNO jika menang MKT

BACA Shahaniza menang MKT UMNO, ungguli kedudukan 10 terbaik

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button