Nasional

Kerajaan tak amalkan pendekatan populis keluar KWSP-Rafizi Ramli

MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli menafikan kerajaan mengamalkan pendekatan populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Beliau berkata, pengeluaran wang tersebut akan mengurangkan saiz dana itu secara mendadak dan memberi impak buruk kepada kemampuan dan fleksibilitinya.

GAMBAR BERNAMA – Rafizi melancarkan tapak Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang pertama beroperasi di institut pengajian tinggi iaitu di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam.

Justeru katanya, ia mengehadkan strategi pilihan pelaburan sehingga memberi kesan terhadap pembayaran dividennya kepada pencarum.

“Sekiranya kita menempuhi situasi pasaran yang mencabar pada 2023 dan 2024, kita perlu mempunyai satu dana yang sama-sama berdaya tahan dan teguh supaya kita dapat melindungi kebanyakan daripada pencarum KWSP yang pada asasnya merupakan pencarum kecil,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan memilih pendekatan yang populis kerana mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dan membenarkan pengeluaran tersebut, langkah itu akan memberi impak buruk kepada kemampuan KWSP untuk menguruskan dananya.

Katanya lagi, kerajaan tidak akan mengambil langkah bersifat populis demi kebaikan negara pada masa hadapan walaupun mendapat tekanan hebat daripada segelintir rakyat.

“Tiada langkah bersifat populis. Kita sudah melalui fasa pentadbiran demi pentadbiran yang membuat keputusan untuk mendapat sambutan dan ‘like’ di TikTok dan Facebook dan kesannya kita merasainya sekarang,” ujarnya.

Terdahulu, Rafizi melancarkan tapak Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang pertama beroperasi di institut pengajian tinggi iaitu di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, menurut laporan FMT.

Beliau berkata, sebanyak 100 mesin layan diri akan diletakkan di tempat awam dan beberapa lokasi yang mendapat permintaan seperti di stesen transit aliran ringan dalam tempoh sebulan.

“Inisiatif IPR ini adalah antara usaha kerajaan dalam menggalakkan persaingan sihat antara peniaga dan tidak bergantung kepada suntikan dana daripada kerajaan semata-mata,” katanya. – SM

BACA Rakyat setuju jika tiada duit, pinjam dengan bank dan jadikan KWSP sebagai cagaran

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button