Mangsa banjir Johor meningkat kepada 33,149
JUMLAH mangsa banjir di Johor, Malaysia, meningkat kepada 33,149 orang setakat 8 pagi hari ini.
Jawatankuasa pengurusan bencana negeri melaporkan bahawa 10 daerah di Johor telah terjejas akibat banjir, dengan Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 12,186 daripada 3,519 keluarga yang kini ditempatkan di 77 pusat pemindahan sementara (PPS).
Pada masa ini terdapat 9,354 keluarga mencari perlindungan di 217 PPS seluruh negeri, berbanding 31,865 mangsa daripada 8,984 keluarga yang dilaporkan pada tengah malam Khamis.
Daerah lain yang terjejas termasuk Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, Johor Baru, Pontian, Batu Pahat, Muar, dan Tangkak.
Kluang mempunyai 5,174 mangsa, diikuti Batu Pahat (4,340), Kota Tinggi (3,689), Muar (2,829), Tangkak (1,999), Johor Baru (1,216), Mersing (722), Kulai (630) dan Pontian (364).
Sehingga pagi ini, banjir telah meragut tiga nyawa. -SM