Sukan

Malaysia Genomics Rangsang Teknologi Kesihatan Ke Sukan Bola Sepak

PETALING JAYA 27 Feb. – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysia Genomics) mengadakan kerjasama dengan KL City FC Sdn Bhd (KLCFC), pengurus Kelab Bola Sepak City FC, berkaitan penggunaan ujian saringan genetik Kumpulan untuk sukan berprestasi tertinggi.

Pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka itu mengadakan kerjasama dengan menjalankan analisis DNA pemain dan menyediakan perundingan kepada pemain dan kakitangan kejurulatihan mengenai keputusan genetik berhubung peluang praktikal untuk meningkatkan fisiologi sukan, pemakanan, kekuatan dan penyesuaian, pencegahan kecederaan dan pemulihan.

Manakala KLCFC akan berkongsi maklum balas dengan Kumpulan berkaitan keputusan dan hasil pengubahsuaian kepada protokol latihan, pemakanan dan pemulihan sedia ada pasukannya selepas penggabungan keputusan genetik.

Ketua Projek Khas dan Kualiti Malaysian Genomics Dr. Nurul Aqma Anis berkata, pihaknya telah mula menawarkan ujian saringan genetik pada 2012.

“Malaysian Genomics ialah syarikat DNA yang paling mantap di Asia Tenggara dan ujian genetik kami untuk prestasi olahraga puncak adalah salah satu terkini dalam portfolio ujian kami.

Bekerjasama dengan pasukan sukan profesional seperti KLCFC, antara lain, kami boleh memantau kesan dan hasil pengesyoran berasaskan genetik untuk latihan dan pemulihan olahraga, memastikan ujian genetik kami dan pengesyoran yang terhasil menawarkan maklumat dan faedah praktikal untuk atlet profesional dengan aksi perlawanan hujung minggu.” katanya di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KLCFC Stanley Bernard Stephan Samuel berkata, daya saing atlet dalam sukan profesional terkemuka berada pada kelebihan tertinggi justeru maklumat yang diperolehi daripada ujian genetik akan secara langsung membantu atlet memahami diri mereka dengan lebih mendalam dalam matlamat mencapai tahap prestasi optimum.

Pertahanan KLCFC, Giancarlo Gallifuoco berkata, beliau kagum dengan banyaknya maklumat yang dijana dalam laporan saringan genetik dirinya daripada Malaysian Genomics.

“Hanya dalam semakan pertama laporan saya, pasukan Genomics Malaysia dan saya dapat mengenal pasti perubahan yang praktikal dan boleh diambil tindakan segera pada rejim suplemen saya serta latihan memanaskan badan, yang saya tidak tahu untuk melakukan tanpa ujian ini. Saya tidak sabar untuk merasai kesan positifnya terhadap saya di atas padang,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button