Nasional

Memperkasa ekonomi wanita melalui program Wanita Bangkit@KPWKM

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri,  merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini merasmikan kursus bimbingan perniagaan bagi program MyKasih Kapital yang merupakan sebuah inisiatif di bawah Program Wanita
Bangkit@KWPKM.

Program yang disertai 250 orang peserta wanita merupakan usaha kementerian dalam membantu golongan wanita terutamanya yang hilang  punca pendapatan, pencari nafkah utama dan ibu tunggal.

Objektif kementerian menerusi inisiatif MyKasih Kapital adalah untuk memperkasa ekonomi kumpulan sasar dan meningkatkan taraf hidup golongan wanita yang memerlukan bantuan segera kewangan melalui bantuan MyKasih Kapital.

Pendekatan ini adalah untuk mengoptimum potensi individu berdasarkan kemahiran agar dapat menjana pendapatan melalui perniagaan yang mereka ceburi.

Kursus bimbingan ini adalah persediaan asas bagi golongan untuk mempersiapkan diri bagi mereka menceburi bidang keusahawanan dan memulakan perniagaan e-dagang, dropship, perniagaan kecil-kecilan yang bukan di bawah skim keusahawanan yang ditawarkan oleh KementerianPembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Peserta MyKasih Kapital akan dinilai, dipantau dan akan mengikuti kursus-kursus bersesuaian bagi  m mempersiapkan diri dalam menceburi bidang perniagaan.

Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM telah membimbing dan membangunkan seramai 16,950 wanita melalui kursus-kursus keusahawanan dan bimbingan permulaan perniagaan melalui kolaborasi strategik pelbagai jabatan, agensi dan syarikat korporat.

Kementerian komited untuk terus memartabatkan golongan wanita dalam aspek sosio-ekonomi. Kerajaan yakin dengan adanya inisiatif ini, golongan yang terjejas khususnya wanita dapat dibantu untuk meningkatkan  ekonomi diri, keluarga juga negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button