Kahwin dua boleh, bercuti ke Vienna boleh tapi bayar nafkah tak reti
KALAU ambil laki orang, kena pandai jaga tingkah laku kerana hidup bermadu ini bukan senang dan suami pula, perlulah berlaku adil terhadap isteri pertama dan anak-anak.
Maka itulah, sedikitpun tidak menghairankan apabila pelakon Miera Liyana diserang secara berjemaah.
Dia diserang oleh netizen selepas madunya Adibah Abdul Mutalib mendedahkan suami mereka, Rosland Otman menyekat nombor telefon dan tidak memberi nafkah kepada keluarga nombor satu.
Susulan daripada pembongkaran itu, akaun Instagram (IG) Miera telah dibanjiri komen-komen netizen yang mendesaknya supaya menasihati suami, Rosland agar bersikap adil dengan keluarga pertama.
Tidak tahan dengan serangan berjemaah netizen yang prihatin dengan nasib isteri pertama dan anak-anak, Miera juga bertindak menutup ruangan komen di media sosialnya.
Terdahulu, Adibah mendakwa Rosland mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan tidak berlaku adil sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.
Rosland yang merupakan seorang usahawan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota menyekat nombor telefon isteri pertamanya itu sejak setahun lalu.
Malah anak tiri Miera juga bersuara menerusi akaun Twitter miliknya, di mana dia mahukan keadilan buat ibunya.
Ia sekali gus mempersoalkan percutian ayahnya bersama ibu tirinya pelakon wanita Miera itu ke Vienna, Austria pada Januari lalu.
“Kahwin dua boleh, bercuti ke Vienna boleh tapi bayar nafkah tak reti” luah si anak.
Terdahulu, timbul khabar angin tentang seorang pelakon wanita dikatakan menghasut suaminya agar harta isteri pertama dirampas.
Artis wanita itu pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu dan kini dia sudahpun menikah dengan seorang ahli korporat.
Khabar angin yang bertebaran itu mengatakan, selepas berkahwin dengan artis wanita berkenaan, si suami mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri pertama dan anak-anak.
Bukan itu sahaja, suami yang termakan pujuk rayu isteri muda khabarnya telah menarik beberapa harta berupa aset yang diberikan kepada isteri pertama.
Isteri pertama juga dikatakan akan membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan sebagai isteri pertama.
Pstt! Bang… tak salah berpoligami tetapi biar adil, guna akal bukan otak! – SM