Sukan

Chelsea beli Enzo, bayar lebih RM500 juta

ENZO Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas The Blues menebus klausa pelepasan sebesar £106.8 juta (RM560.87 juta) daripada Benfica.

Fernandez, yang dinamakan pemain muda terbaik ketika membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022, sudah sekian lama dikaitkan untuk menyertai Chelsea pada awal jendela perpindahan kali ini sebelum usaha berkenaan terhenti seketika.

Bagaimanapun, Chelsea kembali melakukan usaha berkenaan dan berhasil mendapatkan Fernandez pada hari terakhir jendela perpindahan — dengan kontrak jangka panjang yang dilaporkan sehingga 2031 – di mana pengesahan berkenaan diumumkan selepas sejam setengah jendela perpindahan ditutup.

Chelsea menghantar segala kertas kerja yang relevan pada waktunya dan Benfica terlebih dahulu mengumumkan kesepakatan berkenaan dalam laman web rasmi mereka.

Fernandez menyertai Benfica daripada River Plate tahun lalu dan segera memainkan peranan penting sejak perpindahan itu untuk membantu pasukan gergasi Portugal berkenaan mendahului peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Related Articles

Dia kelihatan akan kekal di Lisbon sehingga penghujung musim ini tetapi Chelsea melakukan usaha untuk mendapatkannya, di mana pengurus mereka, Graham Potter, berhasrat untuk memperkuatkan bahagian tengah The Blues.

Yuran perpindahannya memecahkan rekod termahal dalam EPL, mengatasi perbelanjaan £100 juta (RM525.16 juta) yang dikeluarkan Manchester City untuk mendapatkan Jack Grealish daripada Aston Villa pada 2021.

Fernandez berkemungkinan akan melakukan penampilan pertamanya bersama Chelsea ketika melayani kunjungan Fulham di Stamford Bridge hujung minggu ini, di mana The Blues sedang berusaha untuk keluar daripada prestasi buruk mereka, yang kini berada di tangga ke-10 EPL.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button