Politik

PRN: UMNO pilih jalan selamat bekerjasama dengan PH Selangor

SETIAUSAHA Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyifatkan kerjasama UMNO dengan PH di Selangor sebagai satu jalan bagi UMNO untuk selamat.

Khairuddin berpendapat, langkah selamat itu diambil oleh UMNO kerana parti itu sedar yang pengaruh mereka dalam kalangan pengundi yang terdiri daripada anak-anak muda sudah merudum.

Dalam erti kata lain, pengundi muda tidak berkenan untuk mengundi calon-calon UMNO Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti.

Bercakap kepada SUARA MERDEKA, Khairuddin berkata, “UMNO nak selamat kerana mereka tahu pengaruh dalam kalangan anak muda merudum.

“Tidak dinafikan Kerjasama UMNO pada PRN di Selangor nanti adalah berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional,” ujarnya.

Menjawab soalan apakah PH bersifat toleransi dalam perkara bekerjasama dengan UMNO demi Krajaan Perpaduan?

Jawapan Khairuddin adalah seperti berikut: “Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa terbuka untuk perbincangan politik.

“Asalkan mereka dapat memahami matlamat memperukuhkan pentadbiran dan reform ekonomi negara.”

Khairuddin tidak menafikan bahawa Perikatan Nasional (PN) juga mahu berkuasa di Selangor.

Beliau berkata, “amalan yang berlaku, siapa yang mendapat kerusi terbanyak akan menguasai Selangor.

“Oleh itu, PKR perlu merampas semula kerusi yang menjadi hak PKR termasuk daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Bagi saya, kemenangan PKR di Gombak adalah pilihan rakyat yang mahukan pembaharuan.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button