Hiburan

Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah cederakan pengawal keselamatan

PELAKON Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Jalan Dutamas pada 16 Jun lalu.

Sharnaaz yang popular menerusi drama Suamiku Encik Sotong membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret kemudiannya membenarkan Sharnaaz diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula.

Terdahulu, kejadian tercetus apabila mangsa yang merupakan pengawal keselamatan berusia 27 tahun ditumbuk oleh pelakon tersebut sehingga lembam di bahagian mukanya.

Susulan kejadian itu, Sharnaaz direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan dilengkapkan untuk pertuduhan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button