Luar Negara

Gunung ganang di Mekah bertukar hijau

MUKA bumi Mekah mengalami perubahan daripada kontur gurun yang kering dan tandus bertukar hijau selepas mengalami perubahan cuaca akibat hujan lebat berterusan bulan Disember lalu.

Imej Satelit Terra yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik (NASA) sempat merakam pemandangan hijau di beberapa kawasan Arab Saudi seperti kota Mekah, Jedah dan Madinah.

Difahamkan bahagian wilayah Barat Arab Saudi berlaku ketidakstabilan atmosfera. Ia secara tidak langsung menunjukkan taburan hujan direkodkan paling tinggi sejak Disember lalu.

Ekoran hujan yang berterusan itu, beberapa kawasan di bumi ambiya yang sebelum ini tandus dan kering bertukar dengan kehijauan yang luar biasa.

Walaubagaimanapun fonemona ini akan kembali seperti biasa dan rata-rata warganet melahirkan kebimbangan malah mengaitkan dengan tanda-tanda kiamat. – SM

Gambar dari satelit:  keadaan terkini di lokasi yang sama, kini sudah ditumbuhi dengan tumbuhan hijau

kreadit gambar dan vedio : ArabWeather dan  Haramain Sharifain (Siakap Keli)

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button