BanjirBencana alamNasionalNegeriPendidikan

UniMAP gerak sukarelawan bantu mangsa banjir

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menggerakkan sukarelawannya bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Ianya termasuk Misi Ops Kasih Banjir UniMAP yang bergerak ke Terengganu dan Kelantan.

Bagi fasa satu bermula pada 21 Disember lalu, 60 sukarelawan ini bergerak ke Kuala Krai dan Pasir Mas, Kelantan manakala fasa dua bermula 27 Disember membabitkan 100 sukarelawan ke empat buah sekolah di Terengganu.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, misi sukarelawan ini diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniMAP Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan yang juga Pengerusi Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM).

Ujarnya, sukarelawan yang menyertai misi berkenaan terdiri daripada pelajar kelab UniMAP Volunteer Club (UVoC), Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Business School Association (Besca) serta kelab/persatuan UniMAP yang lain.

“Selain kerja-kerja pembersihan UniMAP turut memberi sumbangan serta bantuan berupa wang tunai dan barangan asas kepada waris keluarga pelajar UniMAP serta rumah masyarakat setempat yang terjejas dengan banjir baru-baru ini menerusi Program Ziarah Kasih UniMAP,” katanya.

Tambah Zaliman, bantuan itu bukan sahaja diberikan kepada warga UniMAP sahaja tetapi juga masyarakat setempat dan rakan-rakan Universiti Awam (UA) di Pantai Timur.

Selain itu, katanya, UniMAP telah menziarahi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Terengganu serta Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menyampaikan 150 pek barangan asas kepada pelajar universiti itu yang terjejas akibat banjir.

“Program Ziarah Kasih UniMAP ini turut menyantuni rumah keluarga pelajar-pelajar UniMAP di sekitar Terengganu dan Kelantan dengan menyampaikan sumbangan keperluan asas dan wang tunai RM200,” kata beliau yang turut menyertai program tersebut.

Sementara itu Yazid Ahmad, 43, yang ditemui sempena Misi Op Kasih Banjir UniMAP di Baling memberitahu, ahli keluargannya tinggal sehelai sepinggang kerana semua pakaian dan barangan rumah turut rosak kerana air banjir berlumpur itu berlaku secara mendadak.

Beliau yang juga bapa kepada pelajar UniMAP Izatul Nazwa, 21, itu berkata, kejadian banjir kali ini berlaku dengan pantas. – SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button