Politik

Bisanya politik Tun M, Hadi

KETIKA kecoh para pendokong bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, tiba-tiba beredar sekeping gambar.

Gambar Dr. Mahathir bersama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Selepas itu terpampang pula gambar Dr. Mahathir mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Walaupun isi kandungan dan buah bicara dua keping gambar itu tidak dapat dipastikan tetapi ramai yang mengandaikan pertemuan Dr. Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu adalah perkara biasa kerana jatuh pada hari mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun biasanya gambar pertemuan tidak mendapat perhatian sangat ketika politik tidak terlalu panas dengan pelbagai isu.

Ketika desakan Dr. Mahathir supaya berundur dan memberi laluan kepada Anwar semakin gencar dan tidak kurang juga desakan supaya parlimen dibubarkan, gambar berkenaan segera mendapat perhatian.

Anwar gesa pemimpin PH henti bincang peralihan kuasa PM secara terbuka

Pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PAS baru-baru ini pula menimbulkan spekulasi kononnya bakal mengubah landskap politik negara, hanya tafsiran umum.

Apatah lagi sebelum terdapat teori mengatakan tahun ini akan terbentuk kerajaan baharu dan Pakatan Harapan akan berkecai.

Anwar mengulas isu itu berkata Dr Mahathir bebas berjumpa sesiapa sahaja malah pertemuan itu juga hanya pertemuan biasa.

“(Perubahan landskap politik negara) itu tafsiran umum…setakat yang PM (perdana menteri) beritahu ianya begitu (perjumpaan biasa). PM Mahathir kata dia boleh jumpa sesiapa, dia jumpa saya kerap lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Sosial Islam 2020 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Ada juga yang menuduh Dr. Mahathir mahu memecahkan kesatuan UMNO dan Pas di dalam Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional; naratif baharu politik diterima rakyat

Kekuatan Muafakat Nasional telah terbukti apabila memenangkan lima pilihan raya kecil dan yang terbaharu di Kimanis Sabah.

Situasi itu menimbulkan kegusaran di pihak Pakatan Harapan bahawa dendangan kerajaan sepenggal bakal benar-benar berlaku.

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button