Politik

Eizlan Yusof dilantik sebagai Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan

SELEBRITI terkenal tanahair Dato’ Sri Eizlan Yusof dilantik sebagai Ketua Penerangan Negeri, Parti Pejuang Tanahair, Wilayah Persekutuan. Perlantikan tersebut berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022 lalu.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan lantikan tersebut ketika Mesyuarat Khas MPN di Pejabat Pejuang Wilayah Persekutuan baru- baru ini, dan telah dipersetujui oleh kesemua Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan.

Pada masa ini gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) masih belum berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Oleh itu, parti komponen GTA yang lain akan bertanding di bawah Pejuang. – SM

Artikel berkaitan > Dr. Mahathir akan pertahan Parlimen Langkawi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button