Politik

PRU15: GERAKAN bakal ketengahkan 80 peratus muka baharu

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) akan mengetengahkan 80 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) akan datang.

Presiden Nasional GERAKAN, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyatakan 80 peratus muka baharu akan diketengahkan dan termasuk juga calon-calon yang sudah mempunyai pengalaman.

PRU kali ini amat penting bagi GERAKAN untuk terus bergerak kehadapan bersama-sama dalam perjuangan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.

Katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat di Ipoh Perak semalam.

GERAKAN juga mensasarkan akan bertanding lebih daripada tiga kerusi Parlimen. Malah kerusi Dewan Undangan Negeri sudah selesai perbincangan diperingkat Jawatankuasa Pusat GERAKAN hanya tunggu daripada Majlis Tertinggi PN.

Mengenai kerusi tradisi iaitu Parlimen Taiping dan Teluk Intan bukanlah menjadi perkara utama pada PRU15 kali ini.

Tetapi yang penting bagi GERAKAN adalah kemenangan Perikatan Nasional dalam PRU15.

Dalam pada itu, Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN yang dijadualkan berlangsung pada November ini secara rasmi ditangguhkan dan tarikh baru akan diumumkan akan datang.

Penangguhan tersebut kerana kita ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap kerusi Parlimen dan DUN yang akan GERAKAN bertanding. – SM

Artikel berkaitan > GERAKAN kecewa Parlimen dibubar

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button