BanjirLuar NegaraUncategorized

26 wilayah di Thailand dilanda banjir, lebih 154,000 keluarga terjejas

SEMALAM, 26 wilayah khususnya di timur laut dan bahagian tengah Thailand dilanda hujan lebat dan limpahan air sungai mencetuskan kejadian banjir di wilayah-wilayah tersebut.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) Thailand memaklumkan, lebih 154,000 keluarga di 4,354 perkampungan dilaporkan terjejas susulan ribut tropika Noru dan monsun barat daya melanda Laut Andaman dan Teluk Thailand kelmarin.

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan paras air sungai meningkat.

Pelepasan air dari empangan juga mengakibatkan banyak kawasan rendah ditenggelami air.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Bangkok dan wilayah lain di bahagian utara, timur dan selatan sehingga hari ini.

Pihak berkuasa Thailand juga mengeluarkan amaran kepada penduduk berhampiran lembangan menam (sungai) Chao Phraya dan Pa Sak.

Kerajaan Thailand mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan banjir termasuk meletakkan guni pasir serta menyediakan pam air di sepanjang tebing sungai dan Kawasan-kawasan rendah. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button