Politik

PN gembira UMNO tolak PAS pada PRU15

PERIKATAN Nasional (PN) menari rancak kegembiraan apabila UMNO membuat keputusan enggan meneruskan Kerjasama dengan parti PAS menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan UMNO itu sebagai satu berita baik yang mana ia sekali gus menjadikan gabungan PN lebih kukuh untuk menang lebih banyak kerusi pada PRU15.

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata, hubungan gabungan itu dengan PAS kekal baik sejajar kedudukan parti itu sebagai antara pengasas bersama dengan Bersatu dan parti komponen lain.

“Itu keputusan mereka, UMNO tetapi bagi PN, hubungan dengan PAS tetap baik kerana PAS adalah antara parti pengasas PN. PAS juga berulang kali menjelaskan mereka kekal rakan penting PN.

“Jadi, sudah jelas sekarang mengenai ketidakpastian hubungan mereka (PAS) dengan UMNO tetapi saya fikir ia membuka laluan kepada PN untuk lebih kuat dan efektif untuk memperoleh lebih banyak kerusi pada pilihan raya ini.

“Bagi saya itu berita baik,” katanya seperti mana dilaporkan Berita Harian, malam tadi.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata demikian di Kota Kinabalu, Sabah ketika diminta mengulas mengenai keputusan UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan PAS pada PRU15.

Untuk rekod, pada 2 Oktober lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan tiga tuntutan kepada PAS sebelum kembali menjalin kerjasama politik.

MURSYIDUR Am PAS, Hashim Jasin

Tiga tuntutan itu ialah:

1- PAS keluar PN

2- Putuskan hubungan politik dengan Bersatu

3- Umumkan secara rasmi parti PAS “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.

Semalam, bercakap kepada FMT, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata, parti itu sedang berada dalam dilema susulan Bersatu mengajak memusuhi UMNO manakala UMNO pula meminta syarat ceraikan Bersatu.

Hashim berkata, PAS akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat dalam mesyuarat pengurusan parti dengan ‘syarat’ kedua-dua parti itu akan dibuat perincian.

BERSATU MNTerdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin menegaskan, hubungan UMNO-PAS ‘gugur’ kerana parti itu tidak dapat memenuhi tiga tuntutan yang diberi oleh Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, katanya, UMNO bersedia bertembung dengan PAS di 27 kerusi Parlimen kritikal pada PRU15.

27 Kerusi kritikal itu merujuk kepada kawasan sekiranya undi UMNO dan PAS digabungkan, akan menjadikan peluang menang lebih besar demi menumpaskan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 ini. – SM

 

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button