Nasional

30 pengamal media sambilan di Melaka terima tajaan Perkeso

Seramai 30 pengamal media berstatus sambilan di negeri ini mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi mendapat manfaat perlindungan.

Pengarahnya, Abd. Razak Omar berkata, caruman untuk pengamal media tersebut adalah di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang melayakkan mereka menerima faedah iaitu kos perubatan, hilang upaya sementara dan hilang upaya kekal.

Bagaimanapun katanya, faedah pencen ilat tidak termasuk dalam skim tersebut.

Menurutnya, skim bernilai RM232 seorang setahun itu di mana 80 peratus mendapat bantuan daripada kerjaan manakala baki RM46 seorang pula dibiaya oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.

“Inisiatif Perkeso dengan kerjasama Hee Sem hari ini adalah adalah sebagai menghargai jasa pengamal media walaupun berstatus sambilan kerana mereka adalah cermin kami dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

Related Articles

“Selain itu, kami ingin menyatuni golongan media di Melaka kerana mereka selama ini telah banyak bersama program-program yang dianjurkan Perkeso dan kerajaan,” ujarnya dalam sidang akhbar pada majlis Perkeso Mendekati Media di sebuah hotel dihadiri Hee Sem di Bandar Hilir di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, keseluruhan tajaan khusus untuk golongan media untuk tempoh setahun berjumlah RM6,984 bermula hari ini sehingga 27 September 2023.

Menurutnya, sepanjang tempoh setahun itu golongan wartawan sambilan dilindungi di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sementara itu Hee Sem berkata, beliau bersetuju untuk menaja baki caruman tersebut kerana menghargai jasa dan sumbangan pihak media terhadapnya.

“Pengorbanan media bersama saya tanpa mengira waktu siang dan malam amat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button