Nasional

MOU UPSI dan Wilmingtonmu, Aeronerve jalin kerjasama mantapkan ekosistem pendidikan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebuah universiti berteraskan pendidikan di Malaysia yang merealisasikan misi dan visi negara dalam melahirkan modal insan cemerlang secara holistik dalam aspek akademik dan nilai keinsanan.

Bertujuan merealisasikan hasrat itu, UPSI mengambil langkah proaktif dalam memantapkan lagi ekosistem pendidikan dengan meluaskan serta mengukuhkan jaringan strategik bersama pihak industri.

Sehubungan itu, UPSI menerusi Fakulti Sains dan Matematik (FSM) melangkah ke depan dengan membina jaringan kerjasama bersama industri luar iaitu WilmingtonMU, bagi mengukuhkan lagi program pasca pendidikan Mod C (Kerja kursus) ke seluruh Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak.

Md Amin (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan wakil Aeronerve, Muslim Abdullah Zaik

UPSI diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md taff manakala Prof. Dr. Nagarajah A/L Lee Hun Leong Pengarah Urusan mewakili WilmingtonMU Sdn Bhd dan Technerve Technology Solutions Sdn. Bhd (Aeronerve) pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Muslim Abdullah Zaik .

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata , FSM juga sedang membangunkan tiga program pasca siswazah yang relevan dengan keperluan semasa iaitu Sarjana STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik), Sarjana Pendidikan (Sains Data) dan Sarjana STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik) berkonsepkan modular dan “microcredential” yang boleh ditawarkan melalui kerjasama ini.

Related Articles

FSM UPSI juga, katanya, menyambut cabaran negara untuk memperkasakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), apabila UPSI akan menyediakan platform dan peluang bagi guru-guru yang sibuk bekerja tetapi berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat pasca siswazah.

Di samping itu, katanya, FSM turut bekerjasama dengan Aeronerve bagi membangunkan modul latihan teknologi Dron secara bersama, pembangunan UPSI sebagai ruang “sandbox”, menjalankan program “Professional certificate on drone operation”.

Md Amin (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan wakil WilminghtonMU, Prof. Dr. Nagarajah A/L Lee Hun Leong

“Melalui kerjasama dengan kedua-dua industri ini, FSM menggariskan beberapa matlamat utama iaitu meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui nilai tambah Professional Certificate, penjanaan kewangan melalui ruang “sandbox”, semakan semula program akademik dan pengenalan kepada kursus baharu yang memenuhi permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata , kerjasama UPSI bersama WilmingtonMU Sdn Bhd dan Aeronerve adalah selaras dengan harapan UPSI dan FSM yang berhasrat untuk meningkatkan lagi potensi usahasama dengan industri luar yang berpengalaman dan mempunyai kedudukan yang mapan dengan harapan dapat mewujudkan perkongsian profesional dari segi ilmu dan kepakaran.

Menurut beliau jalinan kerjasama sebegini adalah sangat dialu-alukan kerana universiti bukan lagi hanya berfungsi sebagai tempat mencari ilmu tetapi juga perlu menjadi mesra industri bagi memenuhi keadaan semasa.

Md Amin berkata dengan adanya peluang kerjasama ini, FSM dapat mengorak langkah ke depan untuk sama-sama mengambil peluang meneroka perkara-perkara baharu yang lebih mencabar menimba pengalaman berharga.

Dekan FSM, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah berkata melalui usahasama pelaksanaan program antara UPSI, WilmingtonMU dan Aeronerve, akan dapat mewujudkan perkongsian pintar dalam aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan kepakaran dalam bidang Sains dan Teknologi sekaligus memberi faedah kepada pelajar melalui pemindahan kepakaran dan kemahiran yang ada.

“Jaringan luas dan juga kepakaran pengurusan yang dimiliki oleh WilmingtonMU dan Aeronerve dalam mengadakan program-program seumpama ini dan bersama dengan kepakaran yang sedia ada di FSM., “ katanya.

Beliau berharap kerjasama pihak FSM, WilmingtonMU dan Aeronerve yang julung kali berlaku ini akan menjadi satu langkah permulaan yang berterusan pada masa akan datang.

“Dengan semangat kerjasama dan professionalisme yang tinggi antara kedua-dua pihak, ianya dapat memastikan aspirasi negara tercapai dalam membangunkan masyarakat berilmu yang akan dapat memacu negara mencapai matlamatnya menjadi negara maju, ‘ katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button