Nasional

Capue Global Buddies Conference 2022 bincang isu mobiliti pelajar peringkat antarabangsa

Consortium of Asia-Pacific Education Universities (CAPEU) dengan kerjasama Pusat Mobiliti & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan Global Buddies Conference 2022 Sabtu lalu yang membincangkan pemerkasaan isu-isu pengantarabangsaan dan program mobiliti di peringkat institusi pengajian tinggi yang menyertakan pelbagai sudut perspektif dari dalam dan luar negara.

Persidangan yang menyaksikan kehadiran penceramah-penceramah jemputan dari Malaysia, Indonesia dan Honduras itu membawa topik-topik spesifik pengantarabangsaan seperti International & Volunteerism, Youth Empowerment dan Edu-tuorism towards Internationalization.

Prof Datuk Dr Md Amin merasmikan Global Buddies Conference 2022 di Dewan Konvensyen, Kampus Sultan abdul Jalil Shah.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI menjadi tuan rumah bagi sebuah persidangan peringkat antarabangsa yang melibatkan penyertaan 40 institusi dari lebih 20 buah negara antaranya dari Indonesia, Jepun, Korea Selatan, China, Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Finland dan Honduras.

Sepanjang persidangan itu, katanya, antara perbincangan menarik yang dibincangkan termasuklah bagaimana mahasiswa boleh mengambil serta mencari peluang untuk menimba pengalaman di luar negara melalui program kesukarelawanan dan menjadi duta kecil negara sendiri di mata dunia.

Peserta persidangan bergambar kenangan.

Beliau berkata persidangan ini menampilkan empat sesi utama termasuklah sesi ceramah dari ucaptama jemputan oleh Naib Canselor UPSI dan Timbalan Rektor Universitas Negeri Padang (UNP), penceramah jemputan dari Honduras, Indonesia dan Malaysia serta sebuah sesi forum bersama panel antaranbangsa dari Poland, Brunei, Malaysia dan sesi membina rangkaian dalam kalangan peserta.

 

Dalam ucaptama oleh Prof. Datuk Dr. Md Amin, beliau berkata persidangan itu adalah peluang yang baik bagi insitusi meluaskan jaringan rangkaian dan seterusnya pasti memberikan pendedahan menarik bagi mahasiswa terhadap inisiatif pengantarabangsaan.

Pengarah Pusat Mobiliti & Antarabangsa UPSI, Prof Dr Nur Ikhwan Mohamad berkata persidangan yang diadakan peringkat pengajian tinggi itu dapat memperkenal Global Budies UPSI sebagai pendekatan baharu pengantarabangsaan UPSI.

Antara peserta persidangan dari luar negara.

Belau berkata persidangan yang diadakan di Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu turut disertai Global Buddies yang terdiri daripada badan mahasiswa institusi pengajian tinggi dari seluruh dunia yang dijalankan secara hybrid (dalam talian dan fizikal).

“Kita ingin melihat program pengantarabangsaan pengajian tinggi yang berfokuskan pelajar menerusi Sahabat Global ini digerakkan oleh pelajar sendiri kerana mereka boleh menentukan apa yang diperlukan,” katanya.

Program sehari itu menerima kunjungan fizikal dari insitusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara seperti, Universitas Ahmad Dahlan, Universitas Muhammadiyah Mahakarya Banda Acheh, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button