Politik

PN ada strategi jika rundingan dengan parti-parti tidak menjadi

PERIKATAN Nasional mengambil sikap terbuka tentang pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti di mana tidak semestinya pertemuan itu adalah positif, kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dalam bersikap terbuka, jika apa yang dibincangkan itu tidak menjadi dan tidak dipersetujui, tidak mengapa.

“Kita ada strategi tertentu yang disusun. Ada provision dan election fair. It doesn’t matter,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita tentang penolakan pihak pembangkang untuk bekerjasama dengan PN dalam pilihan raya umum nanti.

Kata Muhyiddin, bukan pembangkang yang menolak perbincangan kerjasama itu sebaliknya yang menolak ialah Rafizi Ramli.

“Saya kenal Rafizi… Dia yang tolak. Kita bagi pandangan kerana nak tentukan masa depan negara agar lebih selamat.

“Kita tidak mahu lagi berulangnya kleptokrasi, rasuah dan salahguna kuasa dan ini suara rakyat bukan Perikatan Nasional,” ujar beliau.

Katanya lagi, terserah kepada pemimpin-pemimpin parti tetapi apa yang dicadangkan adalah bukan untuk kepentingan parti atau kepentingan politik.

“Rakyat mahu usaha dan satukan, bukan untuk parti dan parti-parti tentukan satu yang lebih baik pada rakyat.

“Saya lihat dari sudut pandangan lain…tak nak ulang hal-hal yang berlaku seperti kerosakan, kebobrokan, salah guna kuasa, kebebasan judiciary, cabar Perdana Menteri, cabar Peguam Negara, tak setuju dengan keputusan hakim,” kata Muhyiddin.

Katanya lagi, kita hadap sahaja pilihan raya kalau situasi tiga ke empat penjuru.

“Pilihan raya, itu biasa. Situasi sekarang negara, suara dan pandangan bukan parti politik tetapi negara.

“Soal siapa nak jadi PM, tak kisah asalkan negara selamat,” katanya dalam sidang akhbar usai mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara di Putrajaya, hari ini. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button