Nasional

UPSI semarak semangat kemerdekaan dengan kayuhan basikal klasik

Memeriahkan sambutan bulan kebangsaan dan ulang tahun kemerdekaan tanah air yang ke-65, Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif mengadakan program Kayuhan Basikal Klasik.

Md Amin ( tengah) bersama peserta program Kayuhan Basikal Klasik di perkarangan Bangunan IPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Program kayuhan yang berlangsung pagi semalam itu bermula di Parkir Bangunan IPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah iaitu lokasi IPM mengadakan Pasar Antik setiap Bulan.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff Yang melancarkan program kayuhan itu berkata program seumpamanya dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta dan warga UPSI.

“Usaha IPM bertepatan dengan semangat menyambut bulan kemerdekaan ke-65 yang disambut seluruh negara,” katanya.

Prof Md Amin melepaskan peserta kayuhan.

Pengarah IPM, Prof Dr Tajul Shuhaizam Said berkata program dengan kerjasama Kelab Basikal Klasik Malaysia itu melibatkan sebanyak 30 basikal yang ada antaranya paling lama sekitar tahun 1940 di hasilkan di Belanda.

Acara pasar antik turut dimeriahkan debgan pertandingan pakaian berkonsepkan Hari kemerdekaan yg disertai seramai 20 peserta kanak kanak berumur 7-12 tahun dari masyarakat sekitar Muallim, yang diharapkan citra kemerdekaan ini turut dihadiri generasi akan datang yg bersifat patrotisme.

IPM mengadakan Pasar Antik UPSI pada Sabtu , sekali setiap bulan di perkarangan Bangunan IPSI sejak Jun lalu sekali gus menjadi tarikan terbaharu di daerah Muallim.

Prof Md Amin melihat pelbagai barangan antik yang dijual.

Kayuhan basikal Klasik itu, katanya, mengimbau kenangan tentang suasana kemeriahan sambutan bulan merdeka sekitar tahun 60 an.

Uniknya pasar antik kali ini,katanya, memberi peluang khalayak umum mengetahui dan melihat koleksi basikal klasik yang sangat signifikan kepada masyarakat dahulu sebagai sebuah kenderaan darat yang begitu sinonim dengan masyarakat di Malaysia pelbagai bangsa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button