Politik

PBM macam main catur: Tolak Larry Sng, Zuraida naik jadi Presiden

SELEPAS enam bulan dilantik sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng akan menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Zuraida Kamaruddin yang akan diumumkan pada Perhimpunan Agung Tahunan PBM Oktober ini.

Apabila Zuraida, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengambil alih jawatan Presiden parti, Sng pula sebagai Timbalan Presiden PBM.

DILANTIK Presiden PBM Januari, selepas enam bulan, Larry Sng serah jawatan kepada Zuraida.

Pelantikan Zuraida menggantikan Sng yang sempat duduk atas kerusi Presiden PBM sejak Januari diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi parti itu.

Tanpa perincian mengapa Sng bertukar tempat dengan Zuraida, pandangan mata kasar pun tahu, ini untuk survival parti.

Apatah lagi parti yang baharu ditubuhkan dan dengan menggunakan kedudukan Zuraida setakat ini sebagai menteri Kabinet, bolehlah bernafas PBM dan dilihat ada advantage.

Zuraida diberi mandat mengetuai delegasi PBM dalam pertemuan serta rundingan dengan pemimpin-pemimpin dari parti-parti lain terutamanya perbincangan membentuk kerjasama politik.

Untuk makluman, PBM telah menghantar permohonan menyertai Barisan Nasional (BN) dan sehingga kini, masih menunggu apakah keputusan gabungan tersebut.

Pada 14 Ogos lalu, Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid yakin parti itu mampu meraih sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti dengan kekuatan 200,000 ahli di 162 bahagian seluruh negara.

“PBM juga akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi wakil rakyatnya pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu,” katanya seperti mana dilaporkan media. – SM

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button