Luar Negara

Inflasi di Korea Selatan cecah paras tertinggi

KOREA Selatan mencatat paras inflasi tertinggi dengan harga pengguna di seluruh negara itu meningkat dengan kadar terpantas dalam tempoh 24 tahun.

Menurut laporan Yonhap semalam, ini berikutan peningkatan kos tenaga dan makanan.

Indeks harga pengguna negara merekodkan bacaan 07.54 dalam tempoh April-Jun, meningkat 5.4% berbanding tahun sebelumnya, menurut data Statistik Korea.

Angka itu tertinggi dicatatkan pada suku kedua sejak peningkatan 8.2% dalam tempoh yang sama pada 1998.

Harga produk minyak melonjak 36.3% secara tahunan dalam tempoh tiga bulan, dengan harga produk makanan diproses meningkat 7.6%.

Wilayah timur Gangwon mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 6.6%, diikuti Wilayah Gyeongsang Utara dengan 6.5% dan pulau peranginan Jeju 6.4%.

Harga pengguna meningkat 4.6% di Seoul, dengan pelabuhan Busan dan pusat bandar Daejeon masing-masing menyaksikan kenaikan 5% dan 5.2%.

Data itu juga menunjukkan jualan runcit negara turun 0.2% secara tahunan pada suku kedua, dengan pengeluaran sektor perlombongan serta pembuatan berkembang di 12 bandar dan wilayah.

Kadar guna tenaga negara mencapai 62.7% pada suku kedua, meningkat 1.7 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button