Nasionalpilihan

Rangka bajet negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia dalam Konsultasi Bajet 2023

Konsultasi Bajet 2023 merupakan platform libat urus antara pihak Kerajaan dan sektor swasta, akademia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) bagi sama-sama merangka bajet negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan, sebanyak lebih daripada 3,000 isu dan 2,000 cadangan telah diterima daripada 242 agensi termasuk cadangan mengenai percukaian.

Dalam masa sama, isu dan cabaran yang dibangkitkan serta kaedah penyelesaian yang dicadangkan untuk menanganinya akan diperhalusi dan diteliti sewajarnya.

“Mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi pada tahun 2023, Kerajaan akan memastikan Bajet 2023 disedia berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat segenap lapisan masyarakat.

“Antara tumpuan utama adalah untuk memastikan pemulihan pasca COVID-19 turut mewujud peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan,” katanya.


Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Konsultasi Bajet 2023 yang berlangsung di Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia.

Dalam menghadapi ketidaktentuan global, Bajet 2023 turut memberi tumpuan kepada golongan rakyat yang memerlukan bantuan dengan menambahbaik sistem perlindungan sosial serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat melalui perkhidmatan kesihatan dan pendidikan berkualiti.

“Kerajaan turut memberi tumpuan kepada persekitaran hidup yang selamat dan selesa dengan menitikberatkan pembangunan yang inklusif dan mampan.

“Ia bertujuan agar semua ahli Keluarga Malaysia dapat menikmati manfaat pembangunan negara pada masa kini dan hadapan tanpa mengira komuniti atau tempat tinggal,” katanya.

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button