NegeriRencah Hidup

Tepung Bungkus, Pulut Dakap masih diwarisi Melayu Selatan Thailand

TEPUNG Bungkus dan Pulut Dakap atau juga dikenali sebagai Pulut Pisang dan Puteri Dua Sebilik ini dikenali sebagai kuih-muih tradisional warisan orang Melayu.

Jadi tidak hairanlah walau di mana sahaja orang Melayu berada, kuih ini pastinya akan menjadi hidangan untuk seisi keluarga atau majlis keramaian.

Kuih Tepung Bungkus (kiri) juga dihidangkan di hotel lima bintang di Phuket.

Lebih menarik apabila dua kuih ini juga masih wajib untuk dihidangkan pada majlis keraian di perkampungan Melayu di selatan Thailand.

Rupanya kedua kuih tradisional kekal diwarisi oleh bangsa Melayu sehingga ke hari ini walau sudah beberapa generasi meninggalkan tanah air.

Pada pemerhatian penulis, kedua kuih ini yang dibalut dengan daun pisang cuma rupa agak berbeza pada kuih tepung bungkus berbanding pulut dakap kekal dibalut cara di Malaysia.

Jadi tidak hairanlah apabila dua jenis kuih-muih ini disediakan di hampir setiap majlis yang dianjurkan semasa program Ziarah Mahabbah Tuanku Raja Muda Perlis Bersama Delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Wilayah Phuket, Thailand dari 5 hingga 7 Ogos lalu.

Dua kuih inilah sentiasa menjadi hidangan utama ketika menyambut kunjungan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diiringi anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail serta 35 delegasi pada hampir kesemua majlis.

Pada majlis pertama menerusi program Hijrah Minda di masjid Ban Huailuk, Krabi, tetamu yang hadir disajikan dengan pulut dakap, selain ketupat palas dan kek.

Selain itu Hotel Grand Mercure di Phuket tempat rombongan menginap selama tiga hari ini juga turut-turut menyediakan kuih Melayu semasa hidangan buffet sarapan.

Sekaligus ini menunjukkan Tepung Bungkus dan Pulut Dakap adalah kuih-muih Melayu telah dinaikkan taraf ke hotel lima bintang di Thailand.

Kuih tepung bungkus yang dibuat oleh kaum wanita di Coconut Island menjadi hidangan untuk tetamu Ziarah Mahabbah.

Sekali lagi rombongan dijamu dengan kuih tepung bungkus dan pulut dakap semasa melawat perkampungan nelayan di Coconut Island, Phuket.

Sempat penulis bertanya siapa membuat kuih ini, semuanya dilakukan secara gotong-royong sebagai tanda muafakat oleh penduduknya yang rata-ratanya adalah Melayu.

Sayangnya kebanyakan bangsa Malayu di selatan Thailand hanya mampu mengamalkan makanan tradisional negara asal tetapi gagal untuk mewarisi pertuturan bahasa ibunda ini.

Semoga dengan usaha MAIPs bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Arau menerusi program Bahasa Melayu untuk anak-anak Melayu yang bersekolah di enam Wilayah Andaman pada setiap program Ziarah Mahabbah akan mencapai kejayaan supaya dapat menguasai semula bahasa nenek moyang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button