Sukan
Cabar atlet SUKIPT 2022 catat rekod kebangsaan & berpeluang bawa pulang RM20K!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar para atlet dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (Sukipt) untuk mencatatkan rekod kebangsaan.
Sekiranya berjaya, atlet Sukipt berpeluang untuk bawa pulang wang bernilai RM20,000 sebagai insentif kerajaan
“Ada lagi perkara yang lebih besar daripada sebuah pertandingan, iaitu kasih sayang, hormat-menghormati dan juga nilai kemanusiaan sesama pasukan yang berlawan.
“Justeru, besar harapan saya agar program seumpama SUKIPT ini akan membentuk dan melahirkan lebih ramai
atlet IPT yang berprestasi tinggi dan berminda juara dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa,” katanya.