AgamaPembacaRencah Hidup

Wanita berperwatakan lelaki siap pakai ihram ketika tunai umrah dikenal pasti!

Muhammad Sajjad Kamaruzzaman pernah gemparkan dunia apabila menunaikan ibadah umrah dengan memakai telekung serta tudung.

Namun hari ini, negara digemparkan sekali lagi dengan pendedahan seorang pengguna Twitter, Aliyameha, bahawa terdapat seorang wanita memakai ihram sambil tunaikan umrah di Kota Suci Mekah.

Perkara itu mendapat perhatian netizen kerana wanita berkenaan seolah-olah tidak menghormati agama Islam dan semakin banyak persoalan yang ditimbulkan.

Bagi Aliyameha, tindakan wanita pengkid yang tampil sebagai lelaki sambil mengerjakan umrah adalah satu penipuan yang sangat besar.

Difahamkan juga, wanita tersebut menggunakan visa pelancong untuk masuk ke Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah sebagai penampilan lelaki.

Aliyameha juga memaklumkan bahawa dia punya segala bukti berkenaan penipuan wanita terbabit termasuklah nombor kad pengenalan serta beberapa butiran peribadi.

Oleh itu, ramai netizen menyeru kepada pihak terbabit untuk mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga maruah agama Islam.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button