Agama

Asakura teruja Solat di Masjid Sri Sendayan

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Asakura yang lebih dikenali sebagai ‘Rae Lil Black’ memuat naik foto dirinya yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan sambil memuji keindahan masjid tersebut.

Asakura yang mengenakan imej berniqab serba hitam turut berkongsi bahawa dia sempat menunaikan solat Asar, Maghrib, Isyak serta sunat Witir di masjid berkenaan.

Hari kedua di Malaysia.

Selesai solat Asar, Maghrib, Isyak dan Witir di Masjid Sri Sendayan, masjid yang cantik ini.

Ketika artikel ini sedang ditulis, Asakura difahamkan sedang berada ibu kota apabila berkongsi beberapa momen dirinya yang menunaikan solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Asakura yang menzahirkan rasa teruja apabila dapat menyambut Ramadan buat kali pertama sebagai saudara Islam baharu.

Bukan itu sahaja, dia dilihat turut memadam status dan gambar terdahulu di media sosial serta memuat naik hantaran memaparkan dirinya bertudung.

kreadit. Oh bulan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button