HiburanMahkamah

Saksi kedua dipersoal peguam defendan: Kenapa tak saman Astro, saman defendan

Kes perbicaraan Datuk Wan Aishah Wan Ariffin tuntut lot banglo dari penaja

PERBICARAAN hari pertama kes Datuk Wan Aishah Wan Ariffin di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur bersambung petang tadi dengan individu bernama Mohd Samsul Shamsudin, 36, penolong penerbit di Astro, tampil sebagai saksi.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Aishah diwakili tiga peguam iaitu Mohammad Izwan Azmi, Mazniza Mohd Kamil dan Amirul Izwan Lehuddin dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates.

Dalam tuntutannya, Aishah mahu pihak defendan-defendan dari syarikat Bina Megah Empayar (BME) menjalankan obligasi mereka sebagai salah seorang penaja pada pertandingan program realiti televisyen, Gegar Veganza musim keempat (GV4) terbitan stesyen penyiaran Astro.

Mohd Samsul adalah saksi kedua perbicaraan hari ini.

Prosiding perbicaraan bemula apabila Izwan meminta saksi kedua memberitahu mahkamah, berapa lamakah beliau bekerja di Astro.

Saksi: Saya bekerja selama lapan tahun di Astro dan sebagai Penolong Penerbit Gegar Vaganza musim keempat.

Pihak penaja pernah emel saya dan bagi surat penajaan.

Izwan: Tengok tarikh emel 13 Oktober, surat bertarikh 8 Oktober.

Saksi: Ya betul. Sebelum tarikh ini ada perbincangan dengan pihak penaja rancangan ini.

Izwan membacakan surat dari penaja kepada Astro yang berbunyi Dear Datuk Seri. We are pleased to accept your offer, yang merujuk kepada Datuk Seri (Mohd Amir Mohd Esa selaku defenden ketiga) dan bukan dirujuk kepada Bina Empayar.

Saksi: Setuju tidak rujuk kepada Bina Empayar.

Izwan: Penaja lot tanah seperti dipersetujui Bina Megah dan Astro. Segala maklumat lengkap lokasi tanah akan diumumkan pada minggu terakhir.

Ada sebut lokasi, Atau.

Soalan saya, pada konsert akhir ada tak sebarang maklumat terperinci diberitahu?

Saksi: Tiada sehingga ke hari ini. Obligasi bagi hadiah kepada pemenang ialah Bina Empayar.

Ya, pengalaman saya pernah kerjasama dengan Datuk Seri dan selepas sesuatu pertandingan, dalam tempoh sebulan ke dua bulan, pemenang terima hadiah.

Izwan: GV4 tahun 2017. Hingga ke hari ini, 5 tahun, hadiah dah serah atau belum kepada pemenang pertama, kedua, ketiga. Saya rujuk secara technically.

Saksi: Tidak. Belum terima hadiah.

Pada ketika ini, Mahkamah diminta kebenaran untuk rujuk video berdurasi lapan minit kepada saksi.

Mahkamah benarkan.

Izwan: Fast forward kepada tiga pemenang. Minit ke 6.31.

Izwan: Minit 6.31 hingga 8.22. Mohon mahkamah mainkan semula video.

Izwan: Tahukah video apa yang dimainkan?

Saksi: Itu segmen pemenang GV4. Plaintif diumumkan sebagai juara.

Mahkamah dirujuk kepada video kedua. Video berhenti di 1.25.

Saksi: Video itu daripada Astro Awani. Astro Awani di bawah Astro. Penganjur GV4 ialah Astro. Tak ada. Tak ada posibiliti announcement hadiah daripada penaja tak betul.

Sebidang tanah lot banglo, itu phrase yang disebut oleh pengacara dalam video.

Izwan: Video ditunjukkan pada minit 5.12. Berhenti sekejap 5.49.

Saksi: Ini playback hadiah-hadiah pemenang GV4. Semi final. Klip announcement dimainkan minggu ketujuh, sebelum semi final.

Dimainkan di layar TV, tidak di atas stage.

Sebidang tanah lot banglo. Tidak ada disebut lot lain.

Minit 6.45 berhenti sebentar.

Saksi: Klip kedua sama dengan pertama, ditayangkan di konsert akhir. Atas tu disebut final.

Lot banglo. BME Bina Megah Empayar hadiah sumbangan disponsor, diberi. Semi final konsert ketujuh. Gap seminggu ke final minggu kelapan.

Tak ada laporan polis atau wakil BME atau Datuk Seri kata announcement ini salah. Tak ada.

Izwan: Ada tak wakil sponsor minggu ketujuh hadir ke konsert?

Saksi: Tak ingat.

Izwan: Minggu kelapan, ada wakil penaja hadir.

Saksi: Ada.

Izwan: GV4 ditonton oleh… kalau strimming?

Saksi: Coverage Astro satu Malaysia, kalau strim online, satu dunia yang tonton.

Izwan: Kalau Astro ada silap announce, apa patut dilakukan penganjur?

Sakai: Buat announcement semula, betulkan balik announcement dilakukan.

Penaja tak buat nak betulkan sebarang announcement. Jadi, ia betul, ikut bidang surat tersebut.

Izwan: Pihak peserta berhak dengan apa hadiah ditawarkan. Setuju?

Saksi: Setuju.

Saksi: Apa yang telah dijanjikan…pakej percutian, baucer, trofi, wang tunai RM100 ribu, sebidang tanah lot banglo. Tanah boleh dibina banglo.

Datuk Aishah dan Liza Hanim ada hubungi selepas 4 bulan bertanyakan sebidang tanah lot banglo. Saya hubungi penaja tanya status tanah. Penaja kata, akan adakan satu perbincangan dengan pemenang. Itu tindakan saya.

Feedback, saya inform pada pemenang. Penaja akan adakan satu perbincangan tertutup oleh penaja dan Datuk Aishah, Liza Hanim dan Lan Solo.

Tak ada surat tuntutan dihantar oleh defanden.

Izwan: Pernah dengar Bina Group? Bukan Bina Megah.

Saksi: Bina Group? Tak pernah dengar.

Saksi: Sponsorship ini adalah semasa. Sebelum semi final. Tawaran dari Bina Group, tak pernah dengar. BME, ada. Ya betul.

Izwan: Dalam 6 sponsor, tanggungjawab siapa uar-uarkan semasa live GV.

Saksi: Hos kami. Dia ditawarkan, dibayar oleh Astro

Izwan: Dalam dokumen mahkamah, dia kata dia sponsor, dia yang rugi. Adakah penaja buat sedekah jariah aje?

Saksi: Penaja dapat in return value. Air time setiap apa yang dicakap di kaca TV ada harga tertentu.

BME sudah dapat in return value. Itu bergantung kalau penaja kata rugi. Penaja adalah persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

Izwan: Jika ada salah announce, penaja ambil tindakan undang-undang terhadap Astro. Setakat ini, tiada. Rakan bijaksana saya bertanya, kenapa tak saman Astro, bukan defendant.

Saksi: Offer bukan dari Astro.

Izwan: Itu sahaja soalan saya.

Mahkamah membenarkan prosiding pemeriksaan balas oleh Peguambela defendan, Mohd Khainis Yussof dari Tetuan Azwan Roslee & Co.

Soalan tambahan dari peguam Aishah, Izwan. Ketika ini, saksi jawab soalan Izwan.

Saksi: Kalau ada kesalahan announcement, penaja boleh buat pembetulan. Terma itu dalam surat penaja. Ya, setuju.

Surat dari mereka, mereka aware. Setuju, mereka tak boleh bangkitkan Astro salah.

Mahkamah diminta berhenti sebentar untuk memastikan saksi seterusnya sudah bersedia.

Saksi ketiga plaintif, profesional Perancang Bandar atau Town Planner, Su Sze Young atau Raymond, 50, bekerja sebagai perancang bandar berpengalaman selama 21 tahun.

Izwan: Rujuk muka surat 1 dan 2, apa dokumen ini?

Saksi: Garis panduan perancangan yang diguna pakai negeri Johor.

Izwan: 3 September, masih digunapakai?

Saksi: Ya. Ini yang terkini.

Izwan: Boleh bagitahu mahkamah maksud sebuah rumah.

Saksi: Rumah sesebuah maksudnya free standing building. Satu rumah berdiri bebas, dinding tidak berkongsi. Ya, setuju rumah sesebuah, banglo.

Tanah lot banglo ialah tanah lot rumah sesebuah.

Saiz tanah lot banglo di Johor, penggunaan garis panduan, saiz minima 50 kaki X 70 kaki. Lot tengah. Sekurang-kurangnya, minima.

Izwan: Berdasarkan piawaian ini di Johor, 2,600 ukuran ini lot banglo?

Saksi: Bukan sahaja di Johor tapi di Selangor pun. Kalau kurang, pihak majlis akan rujuk kepada…sebagai asas.

Tak pernah tengok satu lot banglo berukuran 2,600 kaki persegi.

Izwan: Rujuk muka surat 3 hingga 5. Boleh terangkan pada mahkamah apakah manual ini?

Saksi: Piawaian guna pakai di Negeri Selangor sejak 2016 sehingga sekarang.

Lot minima 50 kaki X 75 kaki minima untuk lot rumah sesebuah bersamaan dengan 3,350 kaki persegi.

2,600 kaki persegi dikategorikan sebagai lot banglo. Majlis akan guna pakai asas manual untuk luluskan. Tak berani majlis lulus atau tidak. Susah juga.

Tak pernah.

Kalau di Kampung Baru pun, saiz lot bangle 4,500 kaki persegi minimanya.

Izwan: Rujuk muka surat 6,7 dan 8.

Saksi: Garis panduan Ibu Pejabat perancangan bandar dan desa. Itu maksud manual. Jadi negeri masing-masing sebagai rujukan.

Muka surat 8 lebih kepada teknikal.

Saiz lot tanah sesebuah rumah biasa ialah 50 kaki X 70 kaki.

Pihak berkuasa akan rujuk garis panduan ini.

Izwan: Rujuk ikatan bersama dokumen tambahan muka surat 4, geran tanah. Bolehkah saksi rujuk muka surat 4,5,6 dan 7 sebagai dokumen apa?

Saksi: Geran api. Muka surat 4, tanah pertanian. Bukan tanah banglo.

Itu kategori. Atas tanah ini, berdasarkan geran ini, tidak boleh bina rumah.

Geran tanah kategori tanah pertanian untuk tanam kelapa sawit sahaja. Bukan durian. Rumah tak boleh, banglo lagilah tak boleh.

2.328 hektar bersamaan 5.75 ekar, tanah keluasan 250,477 kaki persegi untuk satu lot tanah.

Izwan: Maimunah Abd Rahman, Mohd Amir Mohd Esa dan Mohd Nanib Razali. 3 pemilik bersama.

Izwan: Berapakah keluasan pemilik kedua Mohd Amir?

Saksi: Mohd Amir, keluasan tanah miliknya ialah 24, 352 kaki persegi.

Mahkamah diminta tunjukkan semula video minit 5.12.

Saksi: Yang atas skrin, nampak lot banglo. Sepatutnyalah.

Izwan: Tiada soalan.

Peguam defendan: Ikatan dokumen tambahan plaintif. Tengok index. Rujuk muka surat 20. B1. Ada sebut pemenang pertama… sebut ukuran, ditulis 2,600 kaki persegi. B2, muka surat 5. 24,352 kaki persegi untuk bahagian Mohd Amir Mohd Esa.

2,600 banding 24,352, kalau dibahagi 2,600 kaki persegi, mencukupi.

Saksi: Ya mencukupi.

Peguam bela defendan: Itu sahaja soalan Puan Hakim.

Izwan: Possible tak pecah. 9,688 pecah 3 bahagian. Possible?

Nak pecah tanah pertanian, 1 ekar. 24,352 kaki persegi, ada lebih 3 ekar?

Saksi: Kalau untuk tanah pertanian, tak boleh. Bahagian Encim Amir, pecah tiga, tanah pertanian, tak boleh. 24, 352 tak sampai satu ekar. Bahagian En Amir. Tak boleh.

Izwan: Itu sahaja Puan Mahkamah.

Hakim: Ada berapa orang saksi lagi plaintin, Encik Izwan?

Izwan: Seorang. Nabil Ahmad. Dia kata esok dia ada program. Habis  pukul 10 pagi. Sampai mahkamah dijangka 11.30 pagi.

Hakim: As long as dalam tarikh, ok. Peguam defendan?
Peguam defendan: Tiada masalah.

Mahkamah bersambung esok. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button