Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan di laman Twitter bahawa akaun Telegramnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
“Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” katanya.