Pendidikan

Karnival Sains Melaka usaha perkasa pendidikan

Penganjuran Karnival Sains Melaka tahun hadapan yang memberi fokus dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dijangka dapat memperkasakan pendidikan di negeri ini kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin.

Menurutnya, usaha untuk menganjurkan karnival itu berdasarkan kejayaan Karnival Sains Sabah yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah (KSTI).

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menjalin kerjasama dengan Sabah bagi menganjurkan Karnival Sains Melaka yang dicadangkan akan diadakan tahun hadapan.

“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi membincangkan mengenai karnival yang akan dianjurkan di Melaka nanti.

“Perbincangan juga termasuk untuk mendapatkan peruntukan serta bersesuaian Melaka ke arah pendigitalan iaitu sebagai sebuah bandaraya pintar berteknologi melalui SMART Melaka Blueprint 2035,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada program Belt and Road Initiative Symposium di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Menteri Kedutaan Republik China Ke Malaysia, Tang Rui dan Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr. Massila Kamalrudin.

Rais berkata, kejayaan Sabah dalam aspek kecemerlangan pelajar dalam bidang pendidikan melalui Yayasan Sabah menjadi contoh yang perlu diikuti oleh Melaka.

Justeru beliau berkata, karnival yang akan dianjurkan itu nanti akan memberi tumpuan mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). – SM

(Visited 71 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button