Nasional

Pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama tak perlu bayar balik PTPTN – PM

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri berkata, ia membabitkan mereka yang menamatkan pengajian mulai 2019.

Beliau berkata, pengecualian itu tidak mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat.

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun PTPTN, di Kuala Lumpur hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button