Jenayah

Jururawat disyaki bunuh bayi sendiri berusia 8 bulan gara-gara tekanan!

SEORANG jururawat berusia 30 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan selepas didakwa membunuh bayinya yang baru sahaja berusia lapan bulan.

Suspek yang juga difahamkan menjadi mangsa perceraian dengan suaminya sejak enam bulan lalu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya menerima laporan berhubung kejadiaan berkenaan pada pukul 7.10 pagi.

“Bayi malang itu sudah tidak sedarkan diri semasa dalam perjalanan menuju ke Hospital Sungai Siput.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa yang dipercayai adalah dengan menggunakan objek tumpul,” katanya.

Netizen berpendapat perlakuan suspek adalah disebabkan tekanan perasaan selepas bercerai dan bergelar ibu dengan menjaga anak yang kecil memang sesuatu yang memenatkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button