SUDAH lebih 70 tahun, budaya demonstrasi atas jalan diperkenalkan oleh beberapa pihak dengan tujuan mahu mendapatkan hak untuk urusan kehidupan duniawi.
Misalnya sebelum 1957, orang-orang Melayu berhimpun dengan sepanduk dan membuat demonstrasi mahu pihak British henti campur tangan dalam urusan pentadbiran tempatan.
Kemudian datang satu zaman, sekitar 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan dan semua peminat setia politik sanggup turun ke jalan raya memperjuangkan agamanya, eh, memperjuangkan parti politiknya.
Zaman itu berlalu dan para pendemostran menjadi tua bangka, tidak lagi larat, hanya mampu bersembang kencang di kedai-kedai mamak, sambil sesekali menyedut puntung rokok.
Begitu juga dengan Perhimpunan RUU335 yang kononnya memfokuskan kekuatan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Hujung-hujung apabila di bawa ke Mahkamah Tinggi yang mana kalau terkena hakimnya seseorang yang berpemikiran liberal dan tiada jiwa ahlus sunnah wal jamaah, pun tiada gunanya.
Kena pula dalam Perhimpunan RUU335, semuanya wayang orang politik kononnya boleh bersatu atas nama Islam dan Melayu namun selepas PRU-14, huru-hara juga jadinya.
Kini saki-baki kaki gemar berdemonstrasi ini masih ada, hasil benih pancutan orang-orang lama, yang juga berbisik dengan penuh ghairah bersama cita-cita:
“Nama kaum kita tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan. Satu pun tiada. Jadi kita kena buat sesuatu dipandang agar nampak layak di mata orang-orang yang buta.”