Nasional

Jakim tangguh kemudahan cuti bersalin elaun penuh guru Kafa

Rentetan pandagan MOF baru-baru ini

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil keputusan menangguhkan kemudahan cuti bersalin dan pemberian elaun penuh kepada semua guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Pada Januari lalu, Jakim mengumumkan kemudahan itu semua dan hari ini, pihak Jakim mengumumkan, ia ditangguhkan.

GAMBAR HIASAN

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, keputusan yang diambil itu adalah sebagai mematuhi saranan dan pandangan Kementerian Kewangan (MOF).

“Kementerian berkenaan pada 6 Julai lalu mengeluarkan pandangan bahawa pelaksanaan kemudahan itu tidak sesuai buat masa ini kerana kedudukan status perjawatan guru Kafa.

“Namun, Jakim dalam usaha membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan dan sedang menjustifikasi langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak berkenaan,” katanya seperti mana dilaporkan Berita Harian.


Beliau berkata, Jakim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sudah berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berhubung isu kebajikan guru serta penyelia Kafa.

Katanya, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan dan mencari jalan bagi menjaga kebajikan semua pihak di bawah jabatannya, termasuk guru Kafa.

Jakim sebelum ini mengumumkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru Kafa sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuat kuasa dan selaras penambahbaikan Peraturan Kafa AFA 2022 yang memasukkan perkara berkaitan cuti bersalin berelaun selama 60 hari. – SM

(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button