Nasional

Program Sulam Biologenius: Biology Genius UPSI bantu pelajar SMKBB2020

Mahasiswa kursus Animal Physiology (SBF3033- Kumpulan A), Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI mengadakan program Service Learning Malaysia – University for Community (SULAM) “Biologenius: Biology Genius” di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 (SMKBB2020).

Prof Madya Dr Syakirah Samsudin

Program anjuran bersama dengan Bidang Sains Dan Matematik SMKBB2020 yang bertujuan memenuhi tuntutan kursus di bawah penganjuran itu memberi manfaat kepada seramai 104 murid Tingkatan 4 yang dibimbing untuk belajar secara “mastery”, terancang dan sistematik menggunakan kaedah “Galery Walk”.

Asmah (kanan) dan Dr Hamidah Idris yang mewakili FSM bersama dua mahasiswa kursus Animal Physiology UPSI.

Pensyarah penasihat, Prof Madya Dr Syakirah Samsudin memulakan perbincangan seawal bulan Mei 2022 bersama pihak sekolah dan didapati murid-murid sukar menguasai subjek Sains dan Biologi terutama topik fisiologi seperti sistem respirasi, sistem perkumuhan, sistem sokongan badan , sistem peredaran darah dan sistem pembiakan.

Pelajar SMKBB2020 bersama mahasiswa UPSI yang mengendalikan program Service Learning Malaysia – University for Community (SULAM) “Biologenius: Biology Genius”.

Justeru, katanya, seramai 31 mahasiswa UPSI bersama pensyarah digerakkan untuk melaksanakan aktiviti di galeri yang sangat menarik apabila mereka berjaya menyediakan pelbagai model tiga dimensi, poster, perisian komputer dan video permainan komputer berkaitan dengan tajuk-tajuk penting dalam subjek Sains dan Biologi.

Pengetua SMKBB2020, Mohd Sabry Deraman berkata kolaborasi itu berjaya menghasilkan dan mencipta bahan bantu mengajar (BBM) secara maujud serta permainan yang mampu membolehkan murid bermain sambil belajar yang memenuhi Pembelajaran Abad ke -21(PAK 21).

Mahasiswa UPSI mengendalikan aktiviti bersama pelajar SMKBB2020.

Sementara itu Guru Kanan Sains dan Matematik, Asmah Omar berkata program itu sangat bermanfaat untuk pelajar apalagi hasil daripada kolaborasi intelektual demi memajukan pencapaian akademik murid SMKBB2020.

“Semua pelajar sangat bersemangat dan menunjukkan minat mendalam mempelajari subjek Sains dan Biologi,” katanya.

Di samping itu, katanya, daripada soal selidik yang dijalankan didapati program SULAM ini dapat menimbulkan rasa syukur pelajar-pelajar terhadap nikmat kesihatan tubuh badan yang sering terlepas pandang.

Beliau berkata program itu juga dapat meningkatkan kesedaran para murid untuk sentiasa menjaga kesihatan mereka dan memanfaatkan tubuh badan dengan sebaiknya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button