Ahli MKT UMNO tuduh Menteri KDN bakul sampahkan arahan PM
SEKALI lagi isu ROS dan UMNO menjadi perbualan hangat netizen apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menuduh Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri (KDN) membakul sampahkan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang isu Pindaan Perlembagaan UMNO.
Razlan menuduh Hamzah tidak mengikut arahan PM agar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikeluarkan dalam masa 60 hari iaitu sebelum ataupun pada 16 Julai 2022 yang lalu.
Razlan juga tuduh banyak parti-parti politik perlu pergi ke Mahkamah untuk mendapatkan judgement memihak kepada mereka.
Sebagai contoh, parti MUDA dan PEJUANG telah ke Mahkamah untuk Judicial Review, baru pendaftaran MUDA dan PEJUANG diluluskan oleh ROS.
STATEMENT PM ISMAIL SABRI DI SALAH ERTIKAN OLEH RAZLAN
Sungguh tidak cantik apabila tuduhan dilemparkan terhadap Hamzah Zainuddin sebegitu.
Datuk Seri Hamzah yang saya kenali adalah seorang profesional dan adil serta mempunyai integriti.
Manakala melemparkan tuduhan kononnya Menteri KDN membakul-sampahkan arahan PM Ismail Sabri seolah-olah ingin menggambarkan PM Ismail Sabri tidak boleh mengawal Menteri-Menteri Kabinetnya.
Ini adalah PERSEPSI NEGATIF YANG SALAH.
Kalau dilihat dengan teliti kenyataan PM Ismail Sabri kata, “belum dapat lagi keputusan dari ROS, (kebiasaannya) dalam 60 hari. Kalau tidak silap saya, sehingga 16 Julai 2022. Jadi sebelum itu, masih menunggu lagi lah.”
Cuba rakyat dan netizen lihat kenyataan dan kata-kata PM Ismail Sabri dengan teliti. Ada unsur arahan?
Ada unsur memaksa Menteri Dalam Negeri keluarkan keputusan ROS sebelum 16 Julai 2022? Jawabnya Tidak Ada.
PM Ismail Sabri bercakap dengan lemah lembut. Tanpa sebarang arahan. Tanpa memaksa-maksa.
Inilah kualiti keperibadian PM Ismail Sabri yang sebenarnya.
Orangnya lemah lembut dalam bertutur. Penuh dengan diplomasi dan cakapnya pun berlapik, tidak merentas masuk ke dalam kerja atau bidang kuasa Menteri lain.
Oleh yang demikian, penjelasan ini amat penting agar jangan ada lagi pihak dalam kalangan ahli-ahli politik UMNO mahupun DAP atau PKR cuba menangguk di air keroh kononnya Menteri Dalam Negeri tidak mahu mengikut arahan Perdana Menteri.
Apa salahnya bagi seminggu dua lagi untuk ROS buat keputusan.
Lagipun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan sudah pun memberi penjelasan bahawa ROS telah meminta lapan dokumen tambahan mengenai Pindaan Perlembagaan tersebut.
Ini bermakna keputusan Pindaan Perlembagaan UMNO dalam progress. – SM