Bencana alamKebakaranLuar NegaraPencemaran

Fenomena Suhu Tinggi, UK Dilanda Krisis Kebakaran Hutan Berskala Mega!

United Kingdom (UK) mengalami situasi kritikal apabila terpaksa berdepan dengan suhu pada tahap yang melampau sehingga negara tersebut terpaksa mengisytiharkan darurat.

Kenaikan suhu sehingga mencecah 40.3 darjah celcius mencatatkan rekod baharu di negara itu kerana kepanasan yang melampau membuatkan banyak hutan di UK terbakar ketika ini.

Bukan sekadar hutan malah kediaman penduduk di beberapa kawasan yang terjejas juga menerima risiko dan usaha memadamkan api dengan cara sendiri tidak berhasil.

Akibat kebakaran itu, ramai penduduk meninggalkan kediaman masing-masing setelah musnah dan rekod semasa memaklumkan seramai dua penduduk dikejarkan ke hospital.

Biar pun anggota bomba sedang berusaha memadamkan api yang marak, kebakaran hutan kali ini telah mengancam ekosistem haiwan, kediaman penduduk termasuklah taman permainan kanak-kanak.

Di beberapa lokasi lain, Scotland juga mencatatkan suhu panas meningkat kepada 34.8C (94.64), manakala Charterhall dan Wales mencatatkan rekodnya semalam sebanyak 37.1C di Hawarden, Flintshire.

Akibatnya, pengangkutan awam di kebanyakan negara terpaksa dibatalkan.

Menurut pihak Polis Greater Manchester, terdapat empat kebakaran diadakan secara sengaja di Saddleworth Moor ke arah Takungan Dovestone berhampiran Oldham.

Jika ada pihak melakukan pembakaran secara segaja, hukuman penjara akan dilakukan pada individu tersebut.-SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button