Hiburan

Guna duit BKM beli tiket konsert?

ADAKAH rakyat masih keliru untuk membezakan di antara beban hidup yang dihadapi ekoran keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat dengan kemampuan membeli tiket konsert kumpulan dari seberang, Dewa.

Di kala Keluarga Malaysia dilihat sedang terbeban dengan isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang seperti minyak masak, ikan, telor, daging, sayur sehinggalah kepada harga cili padi, namun ada juga segelintir kita yang sanggup menghabiskan duit demi nafsu mahu menonton konsert pelantun lagu berjudul Laskar Cinta.

Hal ini menimbulkan rasa hairan dengan sikap masyarakat hari ini yang menyelar Kerajaan apabila subsidi sementara yang diberikan, ditarik balik seketika.

Kata orang, menyahang-nyahang terhadap Kerajaan sehingga ke tahap mengatakan, kerajaan hari ini tak bagus, tak prihatin rakyat dan kata-kata negatif lain yang dilemparkan terhadap Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persoalanya dari manakah wang itu datang untuk membeli sekeping tiket konsert berharga ratusan ringgit malah boleh mencecah ribuan ringgit.

Tiket konsert Dewa paling murah, RM148. Itu kalau digunakan untuk beli susu anak, pun dah lepas!
Sedangkan kerajaan sudah memperuntukan RM80 bilion untuk mengurangkan beban rakyat yang disalurkan menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan-bantuan lain. Itupun rakyat masih mengkritik kerajaan.
Jangan mudah lupa Keluarga Malaysia, baru-baru ini, Kerajaan tambah RM100 untuk BKM orang bujang. Takkan guna duit itu untuk tambah beli tiket nonton konsert?

Kini di Malaysia, selepas sahaja pandemik Covid-19 memasuki fasa endemik, banyak pihak yang mengambil kesempatan untuk memulakan kehidupan biasa yang pernah dijalani sebelum ini.

Kita semua mahu mengukuhkan ekonomi masing-masing dan kalangan artis, tidak kira samada kategori pelakon atau pun penyanyi, juga tidak terlepas peluang dengan mengadakan konsert.

Golongan anak muda sangat tertarik dengan persembahan yang dihidangkan seperti artis luar negara contohnya, Justin Bieber, Dj terkenal Marlo dan juga kumpulan Dewa.

Malah tiket artis-artis yang disebut namanya di atas, laris dan habis dijual dalam masa satu jam.
Ada segelintir anak muda yang sanggup menghabiskan duit gaji mereka untuk membeli tiket. Asalkan mereka dapat pergi konsert.

Jangan terkejut jika tiket Konsert Marlos Music habis licin dijual. Tiket bermula pada harga RM189 sehingga mencecah RM5,000 sanggup dibeli, hebat anak muda sekarang sehinggakan sanggup membeli tiket semahal itu.

Kalau beli barang dapur, dikatakan MAHAL!

Cukup menghairankan dengan senario ini. Jangan marah jika anak-anak muda hari ini mahu kehidupan yang senang dan jati diri pula semakin terhakis.

Meskipun hiburan itu adalah hak masing-masing tetapi sambutan terhadap jualan tiket konsert itu menunjukkan ada dalam kalangan masyarakat negara ini masih tidak tahu apakah itu keutamaan hidup. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button