PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada kerajaan Jepun dan seluruh rakyatnya di atas pemergian mantan perdana menteri Shinzo Abe.
“Saya berasa amat sedih apabila mendengar perkhabaran duka berhubung insiden melibatkan mantan perdana menteri Shinzo Abe, yang baru saya temui pada awal tahun ini sebagai Utusan Khas Tuan Yang Terutama,” katanya.
TYT Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun, dan merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur.
“Saya berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini.” katanya lagi. – SM
Artikel berkaitan > Shinzo Abe disahkan meninggal dunia