NasionalNegeri

Raja Muda rasmi Deklamasi Puisi Islam DBP, KUIPs

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Deklamasi Puisi Islam anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Kampus KUIPs Seberang Ramai Kuala Perlis, petang semalam.

Antara para pendeklamasi yang terlibat adalah Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan.

Turut serta adalah Datin Seri Haryani Haron, Ainur Syakirah Muhd Hissam dan Nor Aisyah Ahmad (KUIPs), Bibi Baharom (Persatuan Penulis Perlis), Mohamad Zaki Abdul Halim (AKSARA), Noor Zaidi Hamad (Persatuan Penulis Perlis), Zalina Ahmad (AKSARA) dan Prof. Madya Dr. Nor Hasimah Ismail (Persatuan Penulis Perlis).

Pihak DBP turut menyerahkan sumbangan koleksi buku-bukunya kepada KUIPs sempena majlis tersebut.

Di akhir program Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs turut berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara DBP dan KUIPs oleh Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dan Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa KUIPs Prof Madya Dr Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button